About Me

My photo
SITIAWAN, PERAK, Malaysia
I AM A TEACHER AT SMK AYER TAWAR, PERAK. I AM A BIOLOGY TEACHER. I LIKE MY CAREER VERY MUCH AND I HAD BEEN THIS AREA SINCE 1993. I AM A MOTHER OF THREE SONS AND MY HUSBAND IS A MARITIM OFFICER. I HAD LEARNED A LOT WHENEVER I BULID THIS BLOG. I AM SO HAPPY AND FEEL WONDERFUL. WHEN THINKING OF DOING MASTER, I AM QUIT STREEFUL BUT THIS SUBJECT MAKE RELAX AND LEARN A LOT. THATS A SPACE FOR A TO LEARN SOMETHING WITHOUT RASHING TO SEND. I WOULD LIKE TO DR.SADIAH OUR BELOVED LECTURER FOR HER PATIENT WAITING FOR US TO FINISH OUR WORK. I WILL CONTINUE WITH THIS BLOG BECAUSE I FEEL I CAN GET MANY FRIENDS AND INFORMATION FROM HERE. THANKS TO EVERYONE WHO HELP ME IN THIS WORK. I ALSO ASK THE OTHERS TO JOIN MY BLOG AND SHARE INFORMATION WITH ME.

ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN




UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJUNG MALIM
PERAK



TECHNOLOGY AND INNOVATION IN TEACHING AND LEARNING BIOLOGY
SBP 6024
NAMA : DEVIKI A/P K.MUNIANDY
NO.KAD PENGENALAN : 731101086624




KANDUNGAN
Bil Tajuk Muka Surat
1. Pengenalan 3
2. Isi Kandungan
a)Sejarah Perkembangan Komputer Multimedia 4,5
b) Sejarah Perkembangan ICT dalam pendidikan di
Malaysia 6
c) Kepentingan Alat ICT dalam Pendidikan 7
d) Penggunaan Multimedia dalam pendidikan 8
e) Pembelajaran Berbantukan komputer 9
f) Bahan Aktiviti pembelajaran dan pengajaran 9
g)Ciri-ciri perisian kursus multimedia dalam
pendidikan 10
h) Cabaran Multimedia masa depan 10

3. Kesimpulan 11,12
4. Rujukan 13








PENGENALAN
ICT dapat ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Menurut Ward & Peppard (2003),ICT juga merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya software. Pembangunan negara pada abad ke-21 ditumpukan kepada pembangunan ICT yang melibatkan pembangunan infrastruktur teknologi maklumat dan Koridor Raya Multimedia. Dasar ini akan meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kemampuan ICT yang tercanggih dan menjadi pemangkin kepada pembangunan media elektronik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Peranan teknologi maklumat dalam pembangunan negara dinyatakan dengan jelas dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 - 2000).
Manakala Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P. Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick dan Reiser, 1989). Manakala Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Isi Kandungan

Pendidikan di Malaysia telah berkembang dengan lebih meluas pada masa kini. Pelbagai alat ICT digunakan oleh para pelajar untuk belajar samada di sekolah rendah , sekolah menengah mahupun di institut pengajian tinggi. Sehubungan dengan kenyataan ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa pelajar lebih meminati bidang ICT. Sekiranya ICT digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, pastinya para pelajar akan lebih cenderung untuk belajar daripada cara tradisional yang digunakan.

Sejarah Perkembangan Komputer Multimedia

Multimedia bukanlah merupakan satu teknologi baru. Agak sukar untuk menyatakan siapakah yang mempelopori penggunaan istilah ‘multimedia’. Terdapat beberapa andaian yang membawa kepada apa yang dikenali sebagai komputer multimedia. Microsoft Corp." telah lama bergiat untuk meneroka bidang teknologi terkini. Mereka merupakan organisasi pertama yang menganjurkan persidangan yang berkaitan dengan CD – ROM iaitu dalam tahun 1984. Pada ketika itu penggunaan yang berasaskan teks sahaja dimanfaatkan dan teknologi baru ini masih belum lagi boleh dianggap sebagai perisian multimedia lagi. Di Malaysia, teknologi terkini daripada negara luar menguasai pasaran luar menguasai pasaran tempatan. Namun demikian teknologi multimedia di Malaysia telah dikenalpasti sebagai bidang utama yang akan dibangunkan dalam Koridor Raya Multimedia (MSC).Matlamat utama negara ialah untuk membangunkan satu industri multimedia yang akan menghasilkan keluaran dan perkhidmatan bagi keperluan pasaran global dan serantau.
Kemunculan Windows 3.0 dalam bulan Mei 1991, telah memperkenalkan penggunaan grafik untuk komputer. Kemunculannya telah mengubah cara penggunaan perisian kerana ia lebih bersifat interaktif. Windows 3.0 telah mengubah konsep penggunaan komputer yang dahulunya dianggap seperti mesin taip kepada satu alat yang dapat menyampaikan mesej dalam pelbagai media awal tahun 1992, Microsof telah memperkenalkan versi baru Windows 3.0 yang mempunyai fungsi multimedia. Fungsi baru yang diperkenalkan ini telah membuka pintu bagi pengaturcara-pengaturcara meneroka bidang bunyi digital, grafik dan visual. Versi ini kurang mendapat sambutan kerana kosnya yang mahal dan tinggi.
Kesan daripada kurangnya sambutan pada versi baru yang mula diperkenalkan iaitu Windows 3.1, beberapa fungsi tambahan dimasukkan seperti bunyi audio, MIDI dan Joystick. Versi ini dianggap dapat menembusi pasaran dan minda pengguna multimedia kerana adanya fungsi tambahan tersebut. Pada bulan November 1991, "Multimedia Marketing Council", telah mengumumkan satu piawaian iaitu "Multimedia Personel Computer" (MPC). Tujuannya adalah untuk menetapkan satu garis panduan kepada pengeluar-pengeluar perkakasan komputer peribadi agar mendapat status komputer multimedia.
Selain itu juga memudahkan pengguna-pengguna memperolehi komputer multimedia yang menepati piawaian yang sah. Pada bulan Ogos 1996, suatu Persidangan dan Pameran Multimedia Asia telah diadakan.Ia telah berjaya menarik minat para profesional perniagaan antarabangsa, ahli-ahli teknologi, pakar-pakar pendidikan dan lain-lain profesional dalam bidang industry komputer, hiburan, maklumat, penyiaran, kabel dan telekomunikasi datang menyumbang idea serta meneroka idea baru. Infotech 95 dan 96, Multimedia Asia dan Simposium Digital Age 96 adalah di antara persidangan pameran yang menggunakan teknologi persidangan video iaitu salah satu daripada penggunaan teknologi multimedia terkini.Sebelum wujudnya komputer, multimedia pada zaman dahulu dikenali sebagai komputer "Monomedia". Ciri Monomedia ialah ia mempunyai satu media sahaja yang digunakan ketika persembahan sama ada teks atau grafik.
Pada masa sekarang setiap pembelian komputer akan dilengkapi dengan multimedia. Komputer multimedia telah menjadi alat komunikasi yang dapat menyampaikan unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran secara kendiri. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.Bidang dan aplikasi multimedia yang dikenalpasti ialah penerbitan elektronik, uthoring tool, pempakejan, pengindukan cakera, penukaran data, pengurusan dokumen, video digital dan pemampatan audio visual (A\V), animasi dan penterjemah 3D, penyutingan penerbitan meja, realiti maya, penyedia perkhidmatan dalam-talian, perniagaan Internet,transmisi satelit, penyedia rangkaian (Rangkaian Setempat - LAN dan Rangkaian Sejagat-WAN), kabel, pelayan video dan perisian yang berkaitan.


Sejarah Perkembangan ICT dalam pendidikan di Malaysia

Perkembangan ICT dalam pendidikan telah bermula dengan penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999. Keperluan dan keinginan kerajaan untuk menggunakan ICTdalam pengajaran dan pembelajaran telah wujud sejak tahun 1970an.Tetapi ianya hanya dapat dikenalpasti kepentingannya untuk mencapai wawasan 2020. Multimedia Super corridor (1999-2002)ditubuhkan untuk memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran.Perdana Menteri pada masa itu iaitu Tun Dr.Mahathir Mohammad telah melancarkan Sekolah Bestari pada julai 1997. Walaupun penggunaan komputer kini meluas ke pelbagai bidang dan sektor masyarakat seperti perindustrian, perubatan dan ,perdagangan,hiburan,pengangkutan,komunikasi dan sektor awam; namun tumpuan diberikan kepada bidang pendidikan. Ini memandangkan kepada 3 sebab utama komputer digunakan dalam pendidikan iaitu:
a) Perkembangan teknologi baru telah menawarkan satu teknologi maklumat yang berkuasa, bersepadu serta berfungsi kerana kaedah ini memudahkan penyimpanan dan penyampaian maklumat kepada para pendidik dan pelajar.
b) Komputer berperanan sebagai alat berkaitan dengan maklumat dan pengetahuan.
c) Para pendidik dan pelajar memerlukan maklumat dan pengetahuan sebagai kunci kejayaan.
Mengikut pendapat Robert Taylor (1980), peranan komputer dalam pendidikan terbahagi kepada 3 iaitu TUTOR, TOOL dan TUTEE. Sebagai TUTOR, komputer berperanan sebagai pengajar melalui pendekatan pengajaran berbantukan komputer. Sebagai TOOL, komputer menjadi alat untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti konteks pengajaran berintergrasikan komputer. Sebagai TUTEE pula, komputer berperanan sebagai alat yang diajar. Proses ini berlaku apabila pelajar memberi arahan kepada komputer atur cara yang disediakan sendiri.

Kepentingan Alat ICT Dalam Pendidikan

Pengaruh dalam bidang ICT adalah meluas di kalangan pelajar. Penggunaan ICT akan meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran. Contohnya alat bantu mengajar yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran untuk matapelajaran Biologi dan sains di sekolah-sekolah memang memadai. Pelajar begitu berminat untuk belajar dan faham kandungan yang disampaikan . Selain daripada itu, ia juga memberikan peluang yang sama kepada semua pelajar. Semua pelajar akan melihat tayangan yang disediakan oleh guru. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Saya sebagai seorang guru yang mengajar sains di sekolah menengah saya mendapati pelajar lebih suka belajar menggunakan courseware yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran.

Penggunaan ICT juga membolehkan pelajar membuat pembelajaran kendiri.Pembelajaran secara sendiri membolehkan pelajar-pelajar lebih berminat dan boleh mempelajari lebih maklumat. Sekiranya sesuatu maklumat yang susah diperolehi daripada sumber seperti buku, majalah dan sebagainya,ICT membolehkan pelajar mendapat maklumat dengan lebih cepat dan tepat pada masa yang singkat.Pelajar-pelajar memang digalakkan untuk melayari internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Saya sebagai seorang guru sangat mengharapkan agar ibubapa boleh menyediakan computer dan perkhidmatan internet di rumah supaya pelajar boleh mencari maklumat melaluinya.baru-baru ini,kerajaan telah memberikan computer kepada pelajar dari luar bandar dan golongan berpendapatan sederhana dan rendah.Ini membolehkan pelajar menggunakan computer untuk pembelajaran.Disamping itu ibubapa juga mesti memastikan yang anak mereka melayari internet untuk pembelajaran bukan untuk perkara yang tidak sihat.

Secara tidak langsung ini akan mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabar. Kreativiti dan imiginasi akan berkembang. Pelajar akan membuat sesuatu dengan lebih kreatif. Penggunaan ICT juga merupakan satu kaedah pembelajaran yang hanya memerlukan bimbingan yang minimum. Pada masa kini,terdapat pelbagai bentuk perisian di pasaran untuk semua subjek. Penggunaaan computer untuk pembelajaran secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran ICT pelajar.


Penggunaan komputer memberi kesan yang besar dan bermakna
terhadap kualiti pembelajaran iaitu :
a) memudahkan penghasilan bahan-bahan pengajaran secara lebih
efisien.
b) membenarkan pendidik menyediakan pendekatan pengajaran baru
yang lebih efektif.
c) memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan
pembelajaran seperti multimedia, simulasi dan aktiviti kumpulan
menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.
d) komputer adalah media ideal untuk pengajaran individu dan
pemulihan.
Dalam keghairahan menikmati pengaplikasian ICT, kita juga terdedah kepada implikasi negatif akibat penyalahgunaan komputer ini. Golongan remaja terutamanya terdedah kepada budaya negatif ini sehinggakan boleh mempengaruhi corak kehidupan mereka ke arah yang bertentangan dengan agama dan budaya rakyat Malaysia. Internet misalnya menyediakan pelbagai kemudahan untuk dilayari bukan untuk disalahgunakan tetapi malangnya sekarang terdapat pelbagai isu yang kurang menyenangkan. Oleh itu, dalam memperolehi kebaikan kita seharusnya berwaspada dan bijak menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan

Di era teknologi maklumat ini komputer adalah satu komponen yang penting dalam komunikasi harian bagi setiap orang dalam semua bidang seperti perniagaan, perubatan,undang-undang, penyelidikan, pentadbiran dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga di dalam dunia pendidikan komputer adalah satu agen yang dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga kecekapan pentadbiran dalam organisasi pendidikan itu sendiri. Adalah menjadi ketinggalan zaman sesebuah negara meninggalkan teknologi ini yang telah terbukti keberkesanannya.Teknologi baru seperti multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Selain dari itu guru-guru dan pelajar tidak terikat dengan kaedah pengajaran konvensional dan mereka boleh meneroka ke dunia baru dan berinteraksi dengan negara lain dalam multimedia.

Multimedia merupakan satu teknologi baru dan satu pilihan dalam menyampaikan maklumat. Satu contoh yang baik ialah penggunaan multimedia di dalam bilik darjah.Kajian yang telah dilakukan di 200 buah sekolah di Atlanta mengenai penggunaan multimedia (Pengajaran Berbantukan Komputer Multimedia) di dalam bilik darjah berbanding dengan kaedah pengajaran biasa. Kumpulan kawalan terdiri dari mereka yang belajar dengan kaedah kuliah biasa sementara kumpulan berbandingan pula menggunakan media interaktif dan arahan berdasarkan komputer. Kaedah pengujian dan pemerhatian digunakan untuk menilai keberkesanan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati kemahiran, pengetahuan dan tahap kefahamanyang dikuasai oleh kumpulan yang mengunakan multimedia adalah lebih tinggi darikumpulan kawalan. (Bosco, 1986 ; Fletcher , 1989, 1990 ; Khalili & Shashaari, 1994 Hasil dari kajian juga menunjukkan kadar pembelajaran dan penguasaan ilmu adalah berbeza di antara kumpulan kawalan dan kumpulan kajian. Pelajar yang didedahkan dengan multimedia didapati menguasai kemahiran tertentu dengan kadar 88% lebih cepat iaitu dalam masa 90 minit berbanding dengan kaedah biasa dengan kadar 745 minit tahap penguasaan. (Kulik, Bangert dan Williams, 1983).
Penggunaan multimedia dalam pendidikan sangat luas dan tidak terhad. Golongan pendidik harus melihat dari aspek positif mengenai keperluan berinteraksi dengan teknologi terkini bagi membiasakan generasi yang akan datang dengan cara hidup canggih di abad ke – 21 nanti. Penggunaan multimedia secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi terkini dan bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran teknologi baru yang akan datang.

Pembelajaran Berbantukan Komputer

Selain daripada penggunaannya dalam operasi-operasi semasa, komputer multimedia juga boleh menjadi ‘tutor’ yang berkesan. Oleh itu, komputer selalunya digunakan dalam bentuk tutorial. Dalam tutorial, struktur berikut berlaku : Pelajar didedahkan kepada isi pelajaran . Maklumat disimpan secara logik dalam ingatan. Mengeluarkan semula maklumat atau kemahiran secara berkesan suatu masa kemudian. Penggunaan kaedah PBK dapat membantu pelajar lebih memahami dan seterusnya mampu menyampaikan mesej dan maklumat yang lebih kompleks hasil intergrasi teks,grafik, audio dan video. Kelebihan multimedia ialah pada sifatnya yang interaktif. Sifat ini menghidupkan suasana pembelajaran dua hala yang menarik dan efektif.

Bahan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Terdapat banyak perisian-perisian multimedia yang berada di pasaran dan ada diantaranya sesuai dijadikan sebagai bahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya aktiviti pengkayaan. Perisian-perisian ini biasanya mengintergrasikan teks,grafik, audio dan video dalam mempersembahkan mesej dan ia amat ideal dalam memperkayakan minda pelajar secara efektif. Cirinya yang interaktif menambahkan lagi keberkesanan dalam mengembangkan intelek individu. Sebagai Alat Bantu Belajar dan Mengajar Komputer akan bertindak sebagai alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran,

Ciri-ciri Perisian Kursus Multimedia Dalam Pendidikan

Penggunaan perisian bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu perkara yang terlalu asing di Malaysia. Namun begitu pembangunan perisian pendidikan bermutu di negara ini masih lagi berada di tahap yang rendah berbanding dengan perkembangan pesat teknologi perkakasannya serta permintaan terhadap perisian itu sendiri yang semakin meningkat. Bagi meningkatkan mutu perisian pendidikan beberapa ciri perlu diterapkan dalam pembangunan perisian seperti : Memenuhi Keperluan Pengguna Sebelum sesuatu perisian dibangunkan perekabentuk mestilah mempastikan keperluan pengguna. Kajian perlu dibuat sebelum perisian yang dirancang itu dibangunkan. Dalam bidang pendidikan sesuatu perisian itu mestilah berunsurkan pembelajaran interaktif. Ia perlu dapat menarik minat pengguna dalam menyampaikan mesej.


Cabaran Multimedia Masa Depan

Banyak cabaran akan muncul dalam usaha menwujudkan suatu sistem pendidikan lebih interaktif. Cabaran pertama ialah kos telekomunikasi tidak berubah dalam tempoh 20 tahun, walaupun kos kabel gentian optik dan perkakasan yang berkaitan telah turun dengan amat nyata sekali.Cabaran seterusnya ialah menyediakan kandungan pengajaran dan pembelajaran tempatan dalam rangkaian. Komputer rangkaian boleh bertindak sebagai penghubung kepada badan maklumat yang luas dalam ruang angkasa siber. Dengan adanya teknologi Java yang tidak bergantung kepada perkakasan, perisian dan vendor, maka komputer rangkaian boleh ditingkatkan lagi ke berkesanannya. Komputer rangkaian dan web menjadi alat utama untuk pendidikan masa hadapan. Dalam pada itu, perlumbaan untuk menghasilkan komputer rangkaian di kalangan banyak syarikat akan menurunkan harga peralatan tersebut, maka ia akan lebih mampu diperolehi. Selain daripada itu cabaran multimedia masa depan hanyalah terhad kepada dayaimaginasi seseorang. Multimedia bukan sahaja dapat digunakan dalam bidang pendidikan, malah dapat dimanfaatkan dalam dunia perniagaan, hiburan dan sebagainya bergantung kepada kesesuaian dalam sesuatu bidang. Cabaran multimedia haruslahdilihat dari sudut positif yang mana penciptaannya nanti adalah untuk mambantumempercepatkan sesuatu proses kerana masa akan datang faktor masa menjadi begitu penting kepada setiap orang.
Kesimpulan
Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. ICT membolehkan pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan status pendidikannya di peringkat global.Peranan istitusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT
seperti menggunakan projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint.

Tambahan pula, ICT dapat mendedahkan mereka ini dengan cabaran-cabaran baru dalam dunia pendidikan mereka hasil daripada penggunaan ICT. Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah kekangan menghabiskan silibus, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital, sumber kewangan yang tidak mencukupi. Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru, pelbagai usaha akan dilaksanakan supaya ICT dapat digunakan dengan sepenuhya di Sekolah. Bagi melaksanakan pembaharuan ini, guru dalam bidang pendidikan bersedia mengambil cabaran baharu dan melaksanakannya di sekolah.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi,psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Walau bagaimanapun, jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak efisyen, guru dan pelajar tidak dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan pelaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan gagal. Jadi, prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas di kalangan guru-guru. Masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer merupakan faktor penting ke arah pembentukan sikap positif terhadap komputer yang masih kurang dalam kalangan guru.
Usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam kalangan pendidik diperluaskan melalui kursus dan latihan yang berkesan perlu disarankan. Sewajarnya lebih ramai tenaga pengajar di institusi pendidikan mengorak langkah seiring dengan zaman ledakan maklumat dengan membina perisian-perisian kursus serta laman-laman web untuk membantu dan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Keadaan ini bersesuaian dengan peranan guru masa kini yang mengalami transformasi dari seorang pembawa dan penyampai maklumat kepada seorang pengurus, jurulatih dan fasilitator (Gallo & Houton, 1994; Killian, 1995). Oleh itu kejayaan pengajaran dan pembelajaran ini terletak di atas sejauh mana dasar, galakan,kemudahan prasarana yang dibekalkan dan pemantauan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Seterusnya peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan terutamanya guru-guru amat penting untuk membawa penggunaan ICT ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada serta semangat, kesungguhan dan iltizam yang tinggi untuk menjayakannya. Justeru pengaplikasian ICT dan rekabentuk pengajaran dalam penggunaan bahan multimedia mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.Penggunaan komputer dan Internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed. Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengajaran terutamanya semasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui Internet.


Rujukan

1. Gallo, M.A. & Horton, P.B. (1994). “Assessing the Effect on High School
Teachers of Direct and Unrestricted Access to the Internet : A Case Study on an
East Florida High School.” Educational Technology Research and Development.
42 (4); 17-39.

2. Killian, C. (1995). “Why Teachers Fear the Internet?” Internet World. 5(8); 86-87.

3. Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. (1983). “Effects of Computer Based Teaching on
Secondary Students.” Journal of educational Psychology, 75 (1) : 19-26.

4. Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. (1984). “Effects of Computer Based Education in
Elementery Schools.” Computer in Human Behavior, 1 (1) : 59-74.
5. Pisapa, J. 1994. In Williams, D.M. 2000. Integrating Technology Into Teaching and
Learning. Singapore: Prentice Hall.
6. Smart School Blue Print (4 April 1997)
7. Smart School Roadmap (2005-2020) October 2005.
8. Ward, J. & Peppard, J. (2003). “Strategic Planning for Information Systems.” 3rd ed.
England: John Wiley & Sons Ltd.